Friday, November 21, 2014

Kawan tanpa sempadan

+ Assalamualaikum +

Harini emosi friendship membuak-buak.
Aku rindu kawan-kawan aku.
Kawan-kawan yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi.
Sebenarnya aku bukanla rapat sejak azali.
Tapi dalam 2 or 3 tahun kebelakangan ni jadi rapat semula.
Lepas semua habis study dan dah kerja.


Nak dijadikan cerita , semua jadi rapat sebab cikgu english kami yang sama.
Kelakar kalau pikir balik.
Berjumpa semula semasa hari raya beberapa tahun lepas.
Friendship bertambah erat kembali,
Aku kategorikan kami kawan tanpa sempadan.
Tiada melibatkan emosi yang pelik2.

Dan bermacam-macam perkara dikongsi.

Kawan tidak boleh diukur berapa banyak kali kita jumpa.
Tidak boleh diukur berapa banyak hadiah yang kita berikan.
Hanya kawan memahami kawan.


Aku rindu korang !

Love,
Sofie

1 comment: