Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 2012

+Assalamualaikum+

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh bersejarah umat Islam di seluruh dunia.Pada tarikh ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan  dan membawa kepada cahaya Ilahi. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah.

Maulidur Rasul  merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah SAW. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik. Semoga sama-sama kita menghayatinya.

Amin.

Regards,
Sofie

No comments:

Post a Comment