Monday, January 19, 2015

Goosebump : Masih aku cinta #AJL29



+Assalamualaikum+

Selain Romancinta , Lagu Shila Amzah ni pon bagi meremang bulu roma bila dengar.
Entah la... I can feel the pain...Eceyh...

Apa Khabar?

+Assalamualaikum+

Apa khabar sayang?
Masih aku cinta kamu seorang....
Hingga di pintu syurga ...

#AJL29


Love,
Sofie

Saturday, January 17, 2015

Ikan bilis goreng bawang cili padi

+Assalamualaikum+

Harini aku teringat-ingat pasal ikan bilis goreng bawang cili padi ni. Makan dengan nasi panas dan kicap manis.. Sedap nye... Kebetulan harini takda orang kat rumah. Aku pun malas nak masak heavy2. Pair kan dengan ayam goreng.

Senang je nak masak ni. Kalau kirang tak reti masak pon konfem jadi and sedap. Aku share kan resepi cara aku masak. Maybe orang lain ade cara yg lain.. Ni utk portion seorang or dua org makan.



Bahan-bahan :
Segenggam ikan bilis yg dah dibersihkan
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah saiz sederhana
10 biji cili padi
Asam jawa
Gula
Minyak masak




Cara masak :
1- Hiris cili padi dan bawang. Utk bawang merah aku suka hiris halus-halus. Kalau nak guna cili biasa pon boleh. Tapi kurang 'kick' lah sbb tak pedas sgt.

2- Goreng ikan bilis hingga garing. Make sure api tak terlalu besar untuk elakkan ikan bilis cepat hangus. Ikan bilis hangus tak sedap. Bila dah garing, angkat dan toskan minyak.

3- Kurangkan minyak dalam kuali yg menggoreng ikan bilis tadi. Anggaran dalam 3 sudu makan. Tumiskan semua bawang dan cili api yang dihiris tadi.

4- Tambahkan sedikit air asam jawa dan gula. Aku tak masukkan garam sebab ikan bilis dah sedia masin.

5- Bila bawang dah start layu, masukkan ikan bilis. Gaulkan untuk seketika. Dan siap untuk dimakan.

Senangkan? Selamat mencuba. Pasti berselera. Buat ratah pon sedap...



Peace & Love,
Sofie

posted from Bloggeroid

Thursday, January 15, 2015

Gambar

+Assalamualaikum+

Sekarang ni dah jadi trend atau normal semua orang ade kamera or at least handphone with camera. Then pergi ke mana-mana boleh snap snap snap ... Bile balik tetiba nanti ko ada 1k gambar dlm memory card just for this 1 event. Haha. Ade tak yg cenggini? Konfem ade. Sbb aku dah jmpe ramai.

Yes, klu tnye aku, aku pon suka ambil gambar. Tapi bukan la setiap masa. Bila aku ambil gambar selalu nya aku penting kan suasana semasa. Means, aku suka ambil gambar orang dan view or moment surrounding. Not just muke kau seketul kat situ... Atau senang ckp Selfie.. Aku pon suke amik gambar pemandangan..  Aku suke amik gamba org. Dlm hp aku, mostly gamba my niece n nephew andddddddd food. Heee... Aku suke gambar2 benda yang rare dan akan buat aku igt masa tu.. So that bile view balik, aku akan igt . Aku tak berapa nak gemar posing setiap sudut tempat . Segan kot org tgk...  Haha..

Tapi tak salah pon kalau kau mmg tegar bergambar. Cume make sure the place n time is appropriate. 😁




Peace & Love,
Sofie

Wednesday, January 14, 2015

Cara Memasak di Dapur

+Assalamualaikum+

Hahh. Tajuk macam iye iye je tu. Walaupun ku masak didapur bukan hari-hari tapi tetap jugak nak cerita topik ni. Harap-harap ade la orang yg sama perangai or gaya macam aku ni.

Ni aku cerita style / cara aku memasak. Bila nak mula, aku suka siap2 kan potong / siang / sediakan semua bahan dulu depan mata. Kata lah aku nak masak 2 jenis lauk, aku akan prepare semua bahan sekaligus. Maksudnya kalau dedua lauk nak guna bawang yg di tumbuk, aku siap2 tumbuk dedua then baru start masak. Aku akan simpan mana-mana yang tak nak dipakai time masak. Contohnya kalau ade lebihan sayur yang taknak dimasak, aku terus simpan. Lepas tu bila dah mula masak, ape je bekas or perkakas yg aku pakai aku akan terus cuci. Tak melonggok dalam sink and basuh kendian. Entahla, aku jenis tak tenang kalau nmpak byk benda nak dibasuh. So kalau sikit2, by the time siap masak, semua dah siap basuh. Tinggal nak hidang je.

Tapi ade je orang-orang sekeliling aku yang lain style memasak. Ade yang prepare bahan utk 1 lauk dulu then br proceed utk yg no 2. Ade yg suka kumpul dulu bekas yg perlu dicuci sampai habis masak, baru kemas. Ade yg jenis boleh prepare dan masak sekali jalan...
Macam-macam lah...

Tak kira la macam mane pon. Tak de pon yg salah atau betul. Cara je yg membezakan. Yang penting korang especially yang perempuan, make sure la korang pandai masak k. Hehe.



Peace & Love,
Sofie

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 13, 2015

Gangguan dan Fokus

+Assalamualaikum+

Aku tgh blurr ni.. Dua tiga bulan ni aku macam slow sikit. Taktau ek kenapa.. Self esteem pon kurang. Harap-harap dapat boost up cepat skit. Kamon sofie!

Eh. Aku bukan nak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal gangguan bila buat sesuatu benda/perkara. Aku ni suka bekerja or act as a team. Memang aku suka. Tapi yang aku tak suka, bila ko dah diberi task tertentu or ko kena buat sesuatu benda, ade je langau or lalat berterbangan.. Haaaa... Paham tak? Bahasa aras tinggi tu... Hehehehe..

Camni... Maksud aku, aku jenis yang suka kalau tengah buat sesuatu, aku akan fokus. Kalau ko kenal aku, korang mng tau la. Memang fokus. Aku tak suka org dtg tanya-tanya nak tlg ke tak. Sbb aku akan mintak tolong kalau aku nak. Haha. Kalau tak, aku fokus,diam dan buat kerja sampai habis. Tak kira la buat kerja ape pun. Kerja ofis ke, kerja kat umah ke, masak ke, kemas ke dan semua lah. Aku bukan sombong taknak orang tolong tapi aku akan jadi lambat kalau tak fokus. Get it? Ade tak yang macam aku.? Ke aku yang pelik? *krik*krik*

Tapi disebabkan aku mcm tu,bila tgk org buat kerja, aku jarang la tanye nk kene tlg ke tak. Haha. Nampak mcm aku pemalas pulak. Tapi takkk.. Aku akan tolong org sepantas kilat klu ade org mintak tolong (ok.yg sepantas kilat tu tipu sikit) Aku risau kalau org yg aku tanye tu jenis mcm aku pulak. Kang tak pepasal kene sumpah dlm hati. Hehe..



Peace & Love,
Sofie

posted from Bloggeroid

Sunday, January 11, 2015

Terasa Merasa Dirasa

+Assalamualaikum+

Ahad yang Indah... kate kauuu....

Pernah tak kau rasa hidup kau tak bergerak. Kau pegi sini stuck, kau pergi sana stuck. Naik atas tak boleh,  turun bawah pon tak boleh. Akhirnya kau pilih untuk stay kat situ jer. Mula nya untuk kau cari ketenangan tapi bila kau mula nak tenang , datang pulak makhluk-makhluk yang sibuk nak aturkan hidup kau, sibuk nak mengapi-api kan kau. Tapi sebab kau dah stuck kat situ kau tak boleh nak buat apa-apa. Melainkan merasa makan hati. Ade tak yang pernah rasa macam ni?

Then, bila kau dah start move on, hidup dah bahagia lebih sikit dari yang dulu , kau pun mula bersyukur. Tak bermaksud langsung nak bangga dengan apa yang kau ada. Cume nak menikmati kesyukuran atas hasil usaha kau tu. Masa ni jugaklah, datang lagi makhluk-makhluk yang sama masa zaman kau stuck dulu.. Mengaku bagi kau nasihat dan dorongan sampai kau boleh bahagia lebih sikit macam sekarang.. Oww mannnn.... padahal kau sebenarnya tak tolong apa-apa pon. Mula lah makhluk ni buat muka kesian minta bantuan. Bila kau bantu sikit, kau pulak dicompare dengan orang lain. Tak makan hati ke?

Kesimpulannya, jauhkan la diri kau dari makhluk-makhluk yang makan dalam ni..
Nescaya, bertambah bahagia hidup kau..



Regards,
Sofi

Thursday, January 1, 2015

Happy New Year 2015