Saturday, November 8, 2014

Masa tengah sakit

+ Assalamualaikum +

Aku tulis entry ni masa tgh tengok ASK 2014... Err tak berapa nak menarik perhatian. Maka nya aku tukar la tv ke sana ke sini sampai taktau nak tengok channel mana lagi. Bosan hoi.

Sebenarnya aku dah seminggu berehat kat rumah. Boleh tahan bosan takde buat ape. Aku tgk dia, dia tgk aku balik. Ulang-ulang gitu je laa. Tapi bile keje sibuk pulak nak cuti. Haha. Padan muka aku.

Minggu depan hari Isnin aku ade appointment kt hospital. Kene jumpe Pakar Bedah Mulut. Kritikal sgt bunyi nye kan. Aku sakit gigi 3 minggu lepas. First time pegi klinik gigi bile dh dewasa ni. Masa tu kt jb. Sbb tgh sakit, dentist tak buat pape. Just bagi pain killer dan antibiotic je. Kene dtg balik a week after. Tapi aku tak pegi sbb mcm dah tak sakit.. *bagus sgt ler tu* 


Tapi lepastu sakit balik plak. Berdenyut. So pegi lagi skali klinik gigi. Konfiden aku ckp kt dentist aku nak tampal gigi sbb berlubang. Bila dia check mcm tak je... Kene gi x ray gigi nak tgk detail. Skali hamik ko, gigi bongsu aku yg belah bawah kiri, akar die tumbuh senget n dah bengkak. Yang tu sakit. Cuak jgk bile dentist bagitau kene cabut n minor surgery. Huhuhu. So die buat referal letter utk jumpe pakar bedah mulut next week. Tengok kan je ler pe jadi nanti. 


Masa dah sakit ni la baru nak beringat. Klu dulu check awal2 kan bagus. 
Haha.  Doakan aku bebaik saja okay.


Love,
Sofie

Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Masuk hari kedua challenge. Mood *masih excited* .
Harini nak kena cerita pasal 5 cara untuk orang memenangi hati aku :

1) Bercakap dengan aku. Aku rasa ini komunikasi paling berkesan. Ade sesetengah orang dia hanya pandai menulis sms / email untuk explain sesuatu tapi tak pandai untuk cakap secara berdepan. Aku pun kadang-kadang macam tu jugak kot. Tapi bila orang berdepan dgn aku face to face, itu plg efektif untuk memenangi hati aku.

2) Be a good listener. Kadang-kadang aku tak harap pon orang untuk menyelesaikan masalah atau kekusutan aku, tapi aku just nak org dengar je. Aku ade few friends yg pandai tackle hati aku dgn cara jadi pendengar yg baik je. *smile*

3) Ingat tarikh penting dalam hidup aku. Wish pon dah cukup. Kalau nak celebrate & bagi hadiah tu bonus la untuk aku.

4) Masak untuk aku. Or bawak aku makan kat tempat yang best. Aku ni suka explore tmpat makan baru. Tapi kalau takde geng tak best laa. Kalau dpt yg ngam, mmg aku tak sia sia kan korang. Haha.

5) Tolong drive & hantar aku ke mana aku nak pergi. *dasar tak suka drive sendiri*

Cukup dh kan 5 je. Sebenarnya byk lagi cara. Takdela maknenue 5 cara ni je nak memenangi hati aku. Depends pada keadaan la kan. Tipu la kalau korang ade certain ways je . Tak enjoy la hidup kalau ade restricted ways je. Oh by the way, selamat beehujung minggu !

Love,
Sofie

Friday, November 7, 2014

Day 1 : 1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri #30daysBC

+Assalamualaikum+

1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri

Ni antara gambar terbaru aku. Aku ni jarang-jarang bergamba sensorang. Sbb bila ambik gambar sorang-sorang akan jadi kaku. Dahla tak reti nak posing *flip tudung*


5 fakta tentang diri aku :

1) Aku lahir tahun 1986 dan aku berzodiak Taurus *kira sendiri okay umur aku*

2) Aku anak ketiga daripada 6 adik beradik. Anak perempuan yg sulung. Atas aku ade 2 orang abang dan bawah aku ade 2 orang adik perempuan dan 1 orang adik lelaki. Tapi adik lelaki aku meninggal dunia masa tahun 1998.

3) Aku takut tempat tinggi. Tak dapat nak describe macamane, tapi mmg takut la especially kalau tempat tu tinggi dan bergoyang. Trust me, aku tak pernah dan berusaha untuk tidak naik flying fox. *giggles*

4) Aku tak pandai / tak pernah masak kek atau buat cookies. Rumah aku takde oven/microwave. *tapi aku suke makan kek & cookies*

5) Aku study dan ade Degree dalam Engineering tapi aku kerja bidang yang totally berlainan . Bukan sebab aku tak minat tapi sebab aku suka buat benda yg berlainan dari ape yang aku tau..Taktau nak explain macamne.


Love,
Sofie

30 Days Blogs Challenge #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Tadi aku jalan-jalan membaca blog2 favourite aku. Aku terbaca dalam blog Sepet pasal 30days Blogs Challenge ni.. Hmm .. Interesting...! Memandangkan aku baru nak bermula balik, ini idea yang bagus untuk buat blog aku aktif semula . Aku akan start dgn Day 1 Challenge harini...

Harap-harap dengan challenge ni, korang dapatla kenal aku lebih lagi okay..



Love,
Sofie

2014 - Tahun berlari

+Assalamualaikum +

Dah lama sangat aku tak pos or baca blog sendiri ni. Dah dekat setahun private kan blog ni. Bukan apa, masa tu macam takde idea and taktau nak tulis ape dah.. Masa untuk mencari diri sendiri.
Tapi harini entah kenapa harini macam teringin nak bukak balik blog ni. Harap-harap ada la yang sudi baca blog aku ni. *smile*

Eh, tadi aku saja la log in balik nuffnang account aku. Sebagai seorang yg mempunyai blog tapi tak aktif, aku kagum tgk earning yg aku dapat. Hehe.. Tak pernah cash out.. So aku decide utk cash out harini. Thank you Nuffnang.. Harap-harap dapatla cheque dr diorang dalam masa 30 hari ni. *smile again*

Aku ni banyak benda dh lupa pasal blog ni. Tengah terkial-kial jugak nak edit itu ini.. Maklumla, last check blog ni tahun 2013.. Mungkin byk serba serbi dah berubah. Sementara aku ade masa nak godek ni, baik aku godek dulu... Kalau ade yg nak tolong2 aku, meh la email aku sofiah.205@gmail.com or leave a comment. Aku harap dpt build up new friends kat sini. Sbb aku sunyi.. *gittew* .

Aku nak sambung godek-godek lagi ni.. Kalau ade input bernas, aku continue lagi kat post baru okay.
Kalau takde, maknenye aku dh tido.. *hekhekhek*.


Love,
Sofie