Saturday, November 8, 2014

Masa tengah sakit

+ Assalamualaikum +

Aku tulis entry ni masa tgh tengok ASK 2014... Err tak berapa nak menarik perhatian. Maka nya aku tukar la tv ke sana ke sini sampai taktau nak tengok channel mana lagi. Bosan hoi.

Sebenarnya aku dah seminggu berehat kat rumah. Boleh tahan bosan takde buat ape. Aku tgk dia, dia tgk aku balik. Ulang-ulang gitu je laa. Tapi bile keje sibuk pulak nak cuti. Haha. Padan muka aku.

Minggu depan hari Isnin aku ade appointment kt hospital. Kene jumpe Pakar Bedah Mulut. Kritikal sgt bunyi nye kan. Aku sakit gigi 3 minggu lepas. First time pegi klinik gigi bile dh dewasa ni. Masa tu kt jb. Sbb tgh sakit, dentist tak buat pape. Just bagi pain killer dan antibiotic je. Kene dtg balik a week after. Tapi aku tak pegi sbb mcm dah tak sakit.. *bagus sgt ler tu* 


Tapi lepastu sakit balik plak. Berdenyut. So pegi lagi skali klinik gigi. Konfiden aku ckp kt dentist aku nak tampal gigi sbb berlubang. Bila dia check mcm tak je... Kene gi x ray gigi nak tgk detail. Skali hamik ko, gigi bongsu aku yg belah bawah kiri, akar die tumbuh senget n dah bengkak. Yang tu sakit. Cuak jgk bile dentist bagitau kene cabut n minor surgery. Huhuhu. So die buat referal letter utk jumpe pakar bedah mulut next week. Tengok kan je ler pe jadi nanti. 


Masa dah sakit ni la baru nak beringat. Klu dulu check awal2 kan bagus. 
Haha.  Doakan aku bebaik saja okay.


Love,
Sofie

No comments:

Post a Comment