Friday, November 21, 2014

Kawan tanpa sempadan

+ Assalamualaikum +

Harini emosi friendship membuak-buak.
Aku rindu kawan-kawan aku.
Kawan-kawan yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi.
Sebenarnya aku bukanla rapat sejak azali.
Tapi dalam 2 or 3 tahun kebelakangan ni jadi rapat semula.
Lepas semua habis study dan dah kerja.


Nak dijadikan cerita , semua jadi rapat sebab cikgu english kami yang sama.
Kelakar kalau pikir balik.
Berjumpa semula semasa hari raya beberapa tahun lepas.
Friendship bertambah erat kembali,
Aku kategorikan kami kawan tanpa sempadan.
Tiada melibatkan emosi yang pelik2.

Dan bermacam-macam perkara dikongsi.

Kawan tidak boleh diukur berapa banyak kali kita jumpa.
Tidak boleh diukur berapa banyak hadiah yang kita berikan.
Hanya kawan memahami kawan.


Aku rindu korang !

Love,
Sofie

Friday, November 14, 2014

Cabut gigi bongsu : Part II

+ Assalamualaikum +

Haritu punya kisah cabut gigi ade sequel tau. Aku kan cakap tak berapa sakit. Memang tak sakit tapi tetibe lepas aku makan bubur petang tu , bleeding non-stop. Memula ingatkan biasa ja. Aku pon beriya la gigit gauze balik nak stop kan bleeding tu. Tapi setiap kali tukar gauze, aku tgk darah mcm berketul dan habis basah . Merah gelap. Aku tgk pon mcm nak pengsan. Beriya la aku minum ais n kemam ais nak stop kan bleeding.. 

Aku mmg tak rasa sakit tapi sampai ke esok paginya darah tu tak stop. Aku tido pon sejam2 bangun. Mmg bila bgn , boleh rasa darah bertakung kat mulut. To make it worst , aku kumur nak hilangkan darah tu. Tak boleh yer adik2 kumur2 klu lepas cabut gigi.. Hehe. Tapi dah panik kan. Pagi2 buta plak tu. Haha... Aku mmg tahap dah taktau nak buat ape la satu malam tu. Google sane sini cari camna nak stop kan bleeding tu. Tapi x berjaya pon. Gauze pon sampai abis. 

Lepas Subuh tu aku ckp kt ayah aku suruh hantarkan kat hospital nak jmpe dentist tu balik. Pkul 8 aku dah terpacak kt situ. Tapi rupenye hari tu sepatutnye takde amik out patient. Aku dah pasrah dah. Tapi nasib nurse tu baik, aku rs die text dentist smlm yg cabut gigi aku. And dentist tu pon dtg. Tak salah aku dgr, ms tu die kat dewan bedah kot.. Sorry la doc, i dah nak pengsan tgk darah sendiri ni.. Hihihi.

Dentist tu check gusi aku dah bersihkan bleeding tu. Aku rs die letak ubat beku kan darah kot. Die ade cakap tp aku tak berapa nak dgr. Dentist ni jenis cool giler. Layan je ape aku ckp. Sampai cerita aku google mlm tu pon die tau. Haha. Lps dlm 10 minit die cek blk gusi aku tu n bleeding dh stop . Then die ckp nak jahit gusi aku tu takut bleeding balik. Aku dh cuak dah ms tu. Agaknye die prasan, terus cakap, tak sakit la. Hoiihh...lega 1%. Tapi mmg x berapa sakit, cume bile die cucuk bius tu je sakit.huuu..

Dah settle tu, die brief la cmne nk berus gigi time berjahit ni. Die suruh pakai berus gigi kanak-kanak yg kepala kecil tu. Kene jaga makan. Tak boleh makan/minum benda panas. Jgn berkumur. Jgn minum pakai straw. Untuk kalini pnye rawatan aku kene bayar RM5 je. Murah kan? Tapi service tip top! So aku ade next check up 24/11. Oh btw, jahitan gusi aku ni jenis yg akan bukak sendiri.Tak payah dtg balik utk bukak.

Bile dah balik tu, mcm biasa la aku relax lagi. Tapi start tghari tu aku dah start sakit kepala. Tak sure sbb jahit ke or sbb aku tak tido semalamnya. Mmg sakit tahap berdengung. Makan pain killer, mandi n tido pon x dpt hilangkan sakit. Esoknya still sakit lagi plus badan aku dah start seram sejuk. Mmg tidoooooi je sepanjang hari. Mak aku suruh pegi klinik, tp aku tak larat n malas. The next day nye baru aku gi klinik. Doc bagi ubat demam, antibiotik & ubat kumur. Alhamdulillah getting better...

So, pengalaman pertama cabut gigi bongsu ni , macam-macam aku rasa. Nasibla aku kat umah family. Kalau sensorang, mau nangis aku oi.. 


Love,
Sofie


Thursday, November 13, 2014

Day 7 : Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Anda #30daysBC

+ Asslamualaikum +

Obviously pendidikan memang sangat penting bagi aku. Kalau tak penting, rasanya takde la aku belajar sampai dapat Ijazah pertama aku kan. Keluarga aku memang mengutamakan pendidikan. Biar kita tak pandai macamana pun, abah & emak aku akan pastikan anak-anak dia belajar. Memang tujuan belajar tu untuk mengajar orang yang tak pandai kan. =)

Memang ada orang yang senang untuk menerima pembelajaran. Senang je nak score tinggi-tinggi dalam setiap ujian & peperiksaan. Tapi ade jugak yang tahap penerimaan tu lambat sikit. Tapi kita tak boleh bandingkan orang2 yang berbeza tahap pembelajaran ni. Sebab tu lah sekolah-sekolah mengasingkan pelajar mengikut tahap "kepintaran" para pelajar mereka. Cuba korang bayangkan kalau orang yang cepat digandingkan dengan orang yang perlahan bila berlari, mesti tak ter'catch' up kan? Aku bukan nak mengata orang yg lambat ni, tapi kite kene sedar memang akan ade perbezaan cara pengajaran dan cara pembelajaran golongan yang berbeza ni. Tapi, walaumacamanapun, pelajaran tu tetap kene diteruskan. Okay?


Love,
Sofie

Wednesday, November 12, 2014

Day 6 : Apa Yg Anda Makan Harini #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Harini Hari ketiga lepas aku cabut gigi bongsu & hari kedua gusi aku tu kene jahit sebab bleeding non-stop... Dan harini aku pon sakit kepala & badan macam seram sejuk. Maka nya tak banyak sgt la aku boleh makan. Selera pon takde dan asyik rasa nak muntah je. Keje aku mmg tido je la.. Tapi paling lama aku tido pon 2 jam je.

So ape yang aku makan harini ialah :

1) Breakfast - Aku makan lontong berkuah (tanpa sambal) & minum air putih sejuk. Aku tak boleh makan or minum yang panas sbb nanti lambat baik gusi aku tu. Lontong pon aku makan sikit je sbb tak selera sangat dan kene kunyah perlahan-lahan.

2) Lunch - Bubur nasi kosong, letak kicap & ikan goreng yang aku hancur-hancurkan.. Minum still air putih sejuk. Yg ni semangkuk boleh la habis...

3) Dinner - Sbb aku tak berapa selera nak makan bubur kosong, aku makan biskut tiger cecah air sirap sejuk. Sedih je bunyiknye, tapi ni la yg paling sedap sebenarnya... Haha...

Selain 3 benda yang aku makan ni, benda paling byk aku makan ialah.... Ubat tahan sakit. Hahaha..
Kata orang sakit kan.......

So korang makan ape plak harini?


Love,
Sofie

Chocolate Shower Cream

+ Assalamualaikum +

Aku ade jual Chocolate Shower Cream by Skinlicious kt FB & IG aku.  Sabun mandi coklat ni best sgt rasa bila pakai. 1st time pakai, mesti korang rasa teruja sbb bau coklat die kuat sampai rase nak makan je. Hehe.. 



Banyak botol dah aku jual dan semua feedback positif aku dapat. Tapi buat masa sekarang aku nak clear kan stock last 3 botol . Harga asal sebotol 500ml RM30. Tapi untuk kali ni aku bg discount :

RM28 sebotol.
If beli 3 botol RM80 je.
(Exclude postage)

Whatsapp / SMS aku kat 0197548440.
Cepat sebelum terlambat!



Love,
Sofie

Tuesday, November 11, 2014

Day 5 : 3 Perkara Yg Ingin Dikatakan Kpd Bekas Kekasih #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Macam haru biru je tajuk kali ni.. Hihi.. Macam kene berfikir panjang pulak aku kalini nak tulis ape. Ape ek yang aku nak cakap pada bekas kekasih aku ni. Ermm.. Lets do this in a positive way . To be honest, aku bercinta pon baru 2 kali je. Hehe. So , jom baca ape aku nak cakap pada diorang ni.

1) Aku nak ucapkan terima kasih pada dia sebab terima aku (walaupun) jodoh tak panjang bersama. Aku banyak belajar erti bersabar bila bercinta ni. Hihihi.

2) Aku nak bagitau diorang, aku ade better life selepas zaman bercinta . And you too. Mungkin masa bercinta kita terlalu terikat dengan emosi masing-masing sahaja sampaikan tak nampak perkara lain yang baik dihadapan. Aku nak korang tau aku appreciate masa-masa bersama tapi aku lagi appreciate ape yang jadi selepas tu.. Huhu... susah nak explain, tapi ni la ape yang aku rasa.

3) Aku nak bagitau aku pon sedih masa kite break up but I choose not to show in front of you guys. T_T (ni paling nak bagitau) Haha...

Haaa.. dengan siape aku bercinta ni, korang carikla sendiri..
K bye.


Love,
Sofie

Monday, November 10, 2014

Cabut gigi bongsu

H+ Assalamualaikum +

Harini appointment aku dgn klinik pakar bedah mulut. Hoihhh. Dari semalam hati ni dah berdebar semacam. Banyak sgt pikir ape la rasa lepas dibedahnya gigi bongsu aku tu. Oh btw, kalau korang tak baca entry yg lepas mesti tak faham cerita aku kan. Aritu aku sakit gigi then pergi Klinik Gigi . Lepas check doc kata gigi bongsu aku yg bawah tu nak kene cabut tapi sebab akar gigi tu senget diorg takleh buat. Diorg buatkan appointment jumpe doktor pakar bedah mulut. Gitu lah...hewhewhew

Harini adik aku , teh, tolong hantar gi Hospital. Die tak tunggu, balik rumah dulu. So aku pegi sorang. First time nk buat rawatan kat hospital. Terkial-kial jugak nak pegi cari Klinik Bedah Mulut ni. Appointment aku pukul 1030 am tapi pukul 10 aku dah sampai. Ade la 2 3 org tgh menunggu. 

Aku trus bagi surat appointment kt kaunter & diorang buat registration
. Then terus panggil utk jmpe doc. Masa ni dah tahap neves level hidung. Haha. Lepas tnye2 n doc tu check gigi die
Suruh aku buat full Xray gigi aku. Diorang bagi aku satu form and suruh pegi ke bahagian x ray. Dalam 15 minit tu siap xray dan dtg balik jmpe doc.

Refer pada xray tu doc tu ckp gigi bongsu aku belah bawah kiri mmg root dia tumbuh senget tapi gigi tu takde masalah. Yang masalah gigi bongsu atas tu. Dah berlubang then die menekan gusi aku yang bawah tu sbb tu sakit. Doc suggest cabut yang atas tu. Aku terima je la sbb dia lagi pakar kan.

Masa ni level neves aku dah sampai kepala la. Haha. Takut weh. First time cabut gigi bile dewasa ni. Memula die bius kt gusi. Aku tak rasa apa. Then die bius kat lelangit dekat ngan gigi tu plak. Yang tu boleh tahan sakit. Sampai terpejam-pejam mata aku. Haha. Die tunggu dlm 5 minit gitu pastu br continue. Maybe nak tunggu bius tu berkesan kot. Then die cucuk kt gusi aku tnye sakit ke tak. Aku ckp x rasa pape. Then die start nak cabut. Aku boleh rasa la die goyang2 kan gigi aku. Maybe sbb aku takut aku cakap sakit. Haha. Rs mcm budak kecik ms tu. So die pause jap n test cucuk2 lagi gusi aku tnye sakit ke tak. Agaknye die nampak aku tense skit die cakapla tu bukan rasa sakit tapi rasa die tarik gigi tu je. Haha. Aku dh cool skit die continue balik. Tak sampai seminit kot dah tercabut gigi aku. Fuhhh... Then die bagi aku pain killer n mc 1 hari.. Settle...

Takla sakit mana pon ms cabut tu. Masa aku type ni aku still kemam kapas utk stop bleeding tu. Dah 3 jam kot. Bius aku rasa dah hilang . Alhamdulillah aku tak rasa sakit sgt smpi skrg. Soon , xtahu la kan...

Aku buat ni kat gov hospital pnye klinik gigi. Free. Aku pon x sure kenapa x kene bayar. Kalau gi klinik gigi kt klinik kesihatan, kene bayar rm 1 at least. Layanan tiptop. Takla macam yang aku bc yg teruk2. Mungkin kes terpencil je kot yg dapat doc or nurse yg 'ganas
'. 24 nov ni aku ade appointment lgi.
Mungkin die nk tgk gusi aku dh okay ke belum kot. Hehe.

Sekian je lah story aku pasal cabut gigi ni. Bye.


Love, 
Sofie


Day 4 : Buku Kegemaran #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Tajuk harini macam mencabar sikit bagi aku. Sebab aku takde spesifik buku yg aku 'gemar' . Selalunya aku akan baca skali je novel / magazine . Tak pernah ulang2 banyak kali sampai lunyai sbb terlampau minat. Aku tak berapa nak obses. *yawn*
The last 
Tapi untuk sempurnakan post pasal buku kegemaran ni, meh aku cite tentang satu buku ni. Tiap2 bulan aku belek. Tiap2 bulan aku update . Dahtu tetiap bulan aku berangan lepas tgk buku ni. Bila hujung tahun je, aku berangan lagi... Haha. Nak tau buku ape? Jeng jeng jeng....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BUKU ASB .




K. Bye.


Love,
Sofie

Sunday, November 9, 2014

Day 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Aku #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Sekarang ni kalau nak cerita apa yang menguatkan aku mmg ada a few la. Tapi sbb dia mintak satu je, maka aku bagi satu je la.

Benda yang paling menguatkan aku mestilah...............

ABAH & EMAK

Mereka adalah kekuatan yang yang utama selepas Yang Maha Esa. Yang pasti tanpa abah & emak aku takde di kehidupan aku yang sekarang. There is no doubt about it. Kasih sayang, tunjuk ajar, nasihat, ingatan dan segala-galanya aku dapat dari mereka. 


Aku tak dapat bayangkan suatu hari nanti bila mereka tiada.. Ya aku tau mati itu pasti ... Tapi kekuatan aku akan hilangkan dan pasti mengambil masa untuk pulih semula.. Abah dan emak aku sentiasa memberi sokongan dan kekuatan untuk aku bangkit dari setiap kekecewaan dan kegagalan..

Terima Kasih Abah & Emak.


Love,
Sofie

Saturday, November 8, 2014

Masa tengah sakit

+ Assalamualaikum +

Aku tulis entry ni masa tgh tengok ASK 2014... Err tak berapa nak menarik perhatian. Maka nya aku tukar la tv ke sana ke sini sampai taktau nak tengok channel mana lagi. Bosan hoi.

Sebenarnya aku dah seminggu berehat kat rumah. Boleh tahan bosan takde buat ape. Aku tgk dia, dia tgk aku balik. Ulang-ulang gitu je laa. Tapi bile keje sibuk pulak nak cuti. Haha. Padan muka aku.

Minggu depan hari Isnin aku ade appointment kt hospital. Kene jumpe Pakar Bedah Mulut. Kritikal sgt bunyi nye kan. Aku sakit gigi 3 minggu lepas. First time pegi klinik gigi bile dh dewasa ni. Masa tu kt jb. Sbb tgh sakit, dentist tak buat pape. Just bagi pain killer dan antibiotic je. Kene dtg balik a week after. Tapi aku tak pegi sbb mcm dah tak sakit.. *bagus sgt ler tu* 


Tapi lepastu sakit balik plak. Berdenyut. So pegi lagi skali klinik gigi. Konfiden aku ckp kt dentist aku nak tampal gigi sbb berlubang. Bila dia check mcm tak je... Kene gi x ray gigi nak tgk detail. Skali hamik ko, gigi bongsu aku yg belah bawah kiri, akar die tumbuh senget n dah bengkak. Yang tu sakit. Cuak jgk bile dentist bagitau kene cabut n minor surgery. Huhuhu. So die buat referal letter utk jumpe pakar bedah mulut next week. Tengok kan je ler pe jadi nanti. 


Masa dah sakit ni la baru nak beringat. Klu dulu check awal2 kan bagus. 
Haha.  Doakan aku bebaik saja okay.


Love,
Sofie

Day 2 : 5 Cara Memenangi Hati #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Masuk hari kedua challenge. Mood *masih excited* .
Harini nak kena cerita pasal 5 cara untuk orang memenangi hati aku :

1) Bercakap dengan aku. Aku rasa ini komunikasi paling berkesan. Ade sesetengah orang dia hanya pandai menulis sms / email untuk explain sesuatu tapi tak pandai untuk cakap secara berdepan. Aku pun kadang-kadang macam tu jugak kot. Tapi bila orang berdepan dgn aku face to face, itu plg efektif untuk memenangi hati aku.

2) Be a good listener. Kadang-kadang aku tak harap pon orang untuk menyelesaikan masalah atau kekusutan aku, tapi aku just nak org dengar je. Aku ade few friends yg pandai tackle hati aku dgn cara jadi pendengar yg baik je. *smile*

3) Ingat tarikh penting dalam hidup aku. Wish pon dah cukup. Kalau nak celebrate & bagi hadiah tu bonus la untuk aku.

4) Masak untuk aku. Or bawak aku makan kat tempat yang best. Aku ni suka explore tmpat makan baru. Tapi kalau takde geng tak best laa. Kalau dpt yg ngam, mmg aku tak sia sia kan korang. Haha.

5) Tolong drive & hantar aku ke mana aku nak pergi. *dasar tak suka drive sendiri*

Cukup dh kan 5 je. Sebenarnya byk lagi cara. Takdela maknenue 5 cara ni je nak memenangi hati aku. Depends pada keadaan la kan. Tipu la kalau korang ade certain ways je . Tak enjoy la hidup kalau ade restricted ways je. Oh by the way, selamat beehujung minggu !

Love,
Sofie

Friday, November 7, 2014

Day 1 : 1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri #30daysBC

+Assalamualaikum+

1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri

Ni antara gambar terbaru aku. Aku ni jarang-jarang bergamba sensorang. Sbb bila ambik gambar sorang-sorang akan jadi kaku. Dahla tak reti nak posing *flip tudung*


5 fakta tentang diri aku :

1) Aku lahir tahun 1986 dan aku berzodiak Taurus *kira sendiri okay umur aku*

2) Aku anak ketiga daripada 6 adik beradik. Anak perempuan yg sulung. Atas aku ade 2 orang abang dan bawah aku ade 2 orang adik perempuan dan 1 orang adik lelaki. Tapi adik lelaki aku meninggal dunia masa tahun 1998.

3) Aku takut tempat tinggi. Tak dapat nak describe macamane, tapi mmg takut la especially kalau tempat tu tinggi dan bergoyang. Trust me, aku tak pernah dan berusaha untuk tidak naik flying fox. *giggles*

4) Aku tak pandai / tak pernah masak kek atau buat cookies. Rumah aku takde oven/microwave. *tapi aku suke makan kek & cookies*

5) Aku study dan ade Degree dalam Engineering tapi aku kerja bidang yang totally berlainan . Bukan sebab aku tak minat tapi sebab aku suka buat benda yg berlainan dari ape yang aku tau..Taktau nak explain macamne.


Love,
Sofie

30 Days Blogs Challenge #30daysBC

+ Assalamualaikum +

Tadi aku jalan-jalan membaca blog2 favourite aku. Aku terbaca dalam blog Sepet pasal 30days Blogs Challenge ni.. Hmm .. Interesting...! Memandangkan aku baru nak bermula balik, ini idea yang bagus untuk buat blog aku aktif semula . Aku akan start dgn Day 1 Challenge harini...

Harap-harap dengan challenge ni, korang dapatla kenal aku lebih lagi okay..



Love,
Sofie

2014 - Tahun berlari

+Assalamualaikum +

Dah lama sangat aku tak pos or baca blog sendiri ni. Dah dekat setahun private kan blog ni. Bukan apa, masa tu macam takde idea and taktau nak tulis ape dah.. Masa untuk mencari diri sendiri.
Tapi harini entah kenapa harini macam teringin nak bukak balik blog ni. Harap-harap ada la yang sudi baca blog aku ni. *smile*

Eh, tadi aku saja la log in balik nuffnang account aku. Sebagai seorang yg mempunyai blog tapi tak aktif, aku kagum tgk earning yg aku dapat. Hehe.. Tak pernah cash out.. So aku decide utk cash out harini. Thank you Nuffnang.. Harap-harap dapatla cheque dr diorang dalam masa 30 hari ni. *smile again*

Aku ni banyak benda dh lupa pasal blog ni. Tengah terkial-kial jugak nak edit itu ini.. Maklumla, last check blog ni tahun 2013.. Mungkin byk serba serbi dah berubah. Sementara aku ade masa nak godek ni, baik aku godek dulu... Kalau ade yg nak tolong2 aku, meh la email aku sofiah.205@gmail.com or leave a comment. Aku harap dpt build up new friends kat sini. Sbb aku sunyi.. *gittew* .

Aku nak sambung godek-godek lagi ni.. Kalau ade input bernas, aku continue lagi kat post baru okay.
Kalau takde, maknenye aku dh tido.. *hekhekhek*.


Love,
Sofie